“Teh Hijau Berbeza
Dengan Teh Yang Kita Biasa Minum Setiap Hari Kerana Khasiatnya Yang Tersendiri
& Pelbagai”
Antara Kebaikan
Teh Hijau:
• Merawat sakit kepala dan kemurungan
• Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin
C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E
• Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
• Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan
badan
Artikel Mengenai
Teh Hijau dari Kosmo:
“Nutrien Teh
Hijau”
“Apakah Alasan
Yang Menyebabkan Teh Hijau Harus Disertakan Dalam Diet Seharian?
• KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China
hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan
petang atau malam, Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa
• Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan
suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh
RealAge
• Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan
seharian
• Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama
ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di
zaman keremajaan, mulakan hari ini juga
“Lembutkan Kulit”
• Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga,
teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan
tekankan pada bahagian kulit berkenaan
• Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik
yang menghilangkan rasa gatal dan lebam
• Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan,
kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh
tidur yang tidak cukup
“Lindungi Kulit”
• Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas
kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat
daripada pendedahan di bawah sinaran matahari
• Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh
hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit
• Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi
saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul
“Pelindung Memori”
• Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan
kecergasan memori atau fungsi otak
• Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan
merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya
• Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung
dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam
otak
“Awet Muda”
• Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan
sihat kita rasa dari luar
• Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina
dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta
menambah usia biologikal
• Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan
“Menurunkan Berat
Badan”
• Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana
teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan
lemak arteri dan kolesterol - SUBASHINI RAJANDRA
Isi Kandungan: 1
kotak Teh Hijau HPA Mengandungi 20 Uncang.
Kod Produk: XH10
Harga:
S.M: RM 15.00
S/S: RM 18.00
0 ulasan:
Catat Ulasan