Khamis, 28 Jun 2012

Kordial Asiatica (Pegaga)


• Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi.
• Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas.
• Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain minuman seharian.

Ia Juga Bertindak Sebagai Penawar Kepada Masalah Berikut:
• Batuk
• Buasir
• Demam
• Kelesuan
• Batu Karang

Isi Kandungan: 1 Liter

Kandungan:
• Jus Centella Asiatica.
• Dextrox.
• Sukros.
• Penstabil.
• Pewarna dan pengawet yang dibenarkan.

Cara Penggunaan:
• Goncang sebelum digunakan.
• Campurkan satu bahagian pati dengan 3 bahagian air mengikut rasa.

Ia Juga Bertindak Sebagai Penawar Kepada Masaalah Berikut:
• Batuk:  1 sudu besar tanpa air untuk kelegaan yang berkesan.
• Buasir:  2 sudu besar tanpa air untuk pengubatan.
• Demam:  Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh.
• Batu Karang:  Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.

Kod Produk: FH01

Harga:
S.M: RM 15.00
S/S: RM 18.00

Slim & Firm Cream Badan (Krim Pelangsing)


• Diperkaya dengan bahan aktif dan ekstrak tumbuhan terpilih,
• Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream) keluaran HPA berguna untuk membantu memecahkan lemak dan melangsingkan tubuh badan.
• Gunakan setiap hari selepas mandi pada kulit yang kering.

Kod Produk: DC26

Harga:
S.M: RM 47.00
S/S: RM 48.00

Isnin, 25 Jun 2012

Fabric Softener Kenanga (Pelembut Fabrik Kenanga)


• Untuk mencuci pakaian, HPA telah mengeluarkan produk pencuci berbentuk cecair iaitu Freesia Liquid dan Mastura Liquid Detergent.
• Bagi mewangi dan melembutkan pakaian pula, HPA memperkenalkan produk Pelembut Fabrik Mawar dan terbaru Fabric Softener Kenanga (Pelembut Fabrik Kenanga).
• Fabric Softener Kenanga bertindak meninggalkan kesan lembut pada fabrik anda.
• Ia diformulasikan khas serta meninggalkan wangian segar dan nyaman yang berpanjangan.
• Sesuai untuk kegunaan setiap cucian dan juga melindungi warna fabrik daripada pudar serta memudahkan kerja menggosok pakaian.

• Jika sebelum ini kita sudah terbiasa menggunakan produk pencuci pakaian jenama lain
• Apa kata kita mencuba produk jenama HPA pula.
• Jom sokong produk keluaran Muslim.

Isi Kandungan: 2 liter

Kod Produk: SH12

Harga:
S.M: RM 9.50
S/S: RM 11.00

Body Hydrating Lotion (Losyen Badan)


Dirumus khas untuk melembap, melembut, menegang, mencerah dan menghaluskan kulit.
Sapukan pada tangan dan seluruh badan.

Mengandungi:
• Vitamin E.
• B-Kompleks.
• Centella Asiatica.
• Puraria Mirifica.
• Areca Catechu.
• Enzim Betik.
• Sepang.

Aturcara Penggunaan:
• Gunakan setiap hari pada kulit yang kering pada bila-bila masa.
• Untuk kesan yang optima gunakan setiap kali selepas mandi.
• Sapukan di tangan, kaki dan seluruh badan.

Isi Kandungan: 100g

Kod Produk: DC09

Harga:
S.M: RM 25.00
S/S: RM 27.00

Jumaat, 22 Jun 2012

Ardisia (Herba Ghout / Arthritis)


• Produk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi.
• Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak.
• Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit gout dan athritis.
• Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing.
• Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing.
• Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.
• Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah tinggi.

Kandungan Bahan:
• Ardisia Crispa
• Carica Papaya.
• Morinda Eliptica
• Micromelum Longifolia
• Cinamomum Iners.

Aturcara Pengunaan:
Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam. Amalkan bersama Teh Herba dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Isi Kandungan: 75 'Bovine' Kapsul

Kod Produk: ZH08

Harga:
S.M: RM 24.00
S/S: RM 26.00

Jem Nenas


• Kelebihan Jem Nenas HPA ialah kerana ia mengandungi madu dan nenas pilihan.
• Tidak ramai yang mengetahui bahan bromelin dalam nanas, ubat yang sangat baik untuk penyakit buasir, menjadi pelawas dan mengurangi sakit buasir yang telah keluar.
• Selain daripada itu ia digunakan untuk reumatik, osteoarthritis dan rematoid arthritis.

“Biarkan Makanan Menjadi Ubatmu Dan Ubat Menjadi Makananmu”

Kod Produk: MK19

Harga:
S.M: RM 12.00
S/S: RM 15.00

Ahad, 17 Jun 2012

Pueraria (Herba Wanita)


Khasiat Herba Pueraria Mirifica:
• Menyeimbangkan hormon estrogen.
• Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut.
• Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut.
• Menambahkan selera makan.
• Menambah tenaga dan meningkatkan semangat.
• Membantu memulihkan daya ingatan.
• Melancarkan perjalanan darah.
• Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
• Memantapkan payudara.

• Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai.
• Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita.
• Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.

• Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita.
• Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita.
• Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.

• Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat
membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit.
• Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.

• Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban.
Rambut akan tampak lebih sihat dan bersinar.
Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian.

• Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan
daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah.
• Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.

• Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan.
• Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.

• Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi
golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.


Cara Pengambilan: 1 biji Setiap 3 Hari

Isi Kandungan: 1 Unit Pueraria Mengandungi 10 Kapsul

Kod Produk: ZH42

Harga:
S.M: RM 60.00
S/S: RM 65.00

Minyak Herba


• Minyak ini dihasilkan dari ramuan herba terpilih yang diterokai dari khazanah hutan-hutan hujan tropika asia. Ia amat mujarab dan telah digunakan sejak turun-temurun.
• Minyak Herba yang mengandungi khasiat utama herba Patawali (Tinospora Crispa) ini amat baik digunakan sebagai penawar racun dan disyorkan sebagai persediaan untuk sesiapa sahaja bagi menghadapi kemungkinan yang tidak diduga.
• Ia sesuai dibawa oleh sesiapa sahaja yang terdedah kepada kemalangan, amat memerlikan minyak kerana ia selamat untuk kegunaal luaran atau dicampur dalm minuman.

Cara Penggunaan:
"Terkena minyak panas, air panas dan cuka getah yang pekat"
• Sapu keseluruhan kawasan yang terkena itu dan InsyaAllah tidak melecur dan hilang kesakitan.

"Termakan atau terminum bahan beracun"
• Campur 1 sudu minyak ini dengan secawan air suam dan minum.

"Terkena gigitan atau sengatan binatang berbisa"
• Minum seperti diatas, kemudian ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini dan tekap pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu.
• Ganti dengan yang baru setiap 2 minit. Ulang 7 kali.

"Gastrik"
• Minum 1 sudu besar bersama air panas serta disinergikan bersama Herba Tuju Angin.

"Kudis, Panau, Kurap, dan Gatal-Gatal"
• Sapukan pada bahagian yang berkenaan.

"Luka @ Pendarahan"
• Sapukan pada bahagian yang berkenaan.

Kandungan Bahan:
• Cymbopogon Nardus - 125gm
• Myristica Fragrans - 125gm
• Euginia Aromatica - 125gm
• Tinospora Crispa - 125gm
• Melaleucia Leucodendron - 625mg
• Aluerites Molucanna - 625mg
• Kaempferia Galnga - 625mg
• Litsea Kunstleri - 625mg
• Cocos Nucifera Oil - 625mg

Isi Kandungan: 50 ml

Kod Produk: QH02

Harga:
S.M: RM 10.50
S/S: RM 13.00

Isnin, 11 Jun 2012

Minuman Talbinah


Pengenalan:
• Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis.
• Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu.
• Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

Kandungan Nutrisi Talbinah:
• Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol ,
• Mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol.
• Menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan.
• Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar.
• Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Khasiat Talbinah:
• Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya.
• Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, diantaranya ialah :

“Menenangkan Hati Pesakit”
• Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit.
• Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah).
• Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud : Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )
• Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).

“Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan (Depression)”
• Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah.
• Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
• Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim).
• Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :
“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”. • Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

“Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman”
• Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )
• Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap.
• Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

“Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah”
• Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins).
• Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri.
• Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.
• Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula.
• Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

“Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi”
• Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah.
• Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh.
• Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.
“Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah”
• Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

“Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)”
• Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser.
• Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.

“Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)”
• Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur.
• Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

“Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh”
• Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh.
• Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan. • Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya.
• Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.
• Jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut.
• Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.



 Cara Penyediaan Talbinah:
• Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut.
• Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.
• Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.
• Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam.
• Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

“Minuman Talbinah Edaran HPA”
• Talbinah HPA (Fibroglucosamine) dirumus dengan formula Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengandungi bahan-bahan seperti Gandum, Beras, Ekstrak Malt, Barli, Vitamin E, Madu, Kurma, Krimer Bukan Tenusu, Susu Tepung Skim Dan Gula.

Fakta - Fakta Nutrisi
• Saiz Hidangan: 25GM

Amaun Satu Hidangan:
• Tenaga - 97kcal/kcal
• Jumlah Lemak - 0.5gm
• Karbohidrat - 21.8 gm
• Jumlah Gula - 0.7 gm
• Protien - 1.4 gm

Amaun Setiap 100GM
• Tenaga - 389kcal/kcal
• Jumlah Lemak - 1.9 gm
• Karbohidrat - 87.3 gm
• Jumlah Gula - 2.7 gm
• Protien - 5.7 gm

Kod Produk: MK84

Harga:
S.M: RM 35.00
S/S: RM 38.00

Jelly Gamat


Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Saudadan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

“Gamat sebagai makanan”
• Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
• Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

"Gamat"
• Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
• Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

"Khasiat Gamat"
• Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
• Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

"Keunikan Gamat"
• Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
• Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
• Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
• Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
• Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
• Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
• Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
• Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigidan kosmetik
• Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

“Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia”
• Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
• Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
• Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

"Sebatian bioaktif dari gamat"
• Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
• Aktiviti antioksidan.
• Anti-tumor (membantutkan tumor)
• Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
• Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
• Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
• Mengurangkan rasa sakit
• Meningkatkan tahap imuniti
• Anti inflammatory dan antiulcer
• Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
• Membunuh parasit malaria
• Mempercepatkan proses membetulkan tulang
• Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
• Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

"Gamat HPA"
• Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
• Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
• Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
• Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi

"Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia"
“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”
“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

"Produk Jelly Gamat"
• Khasiatnya terbukti
• Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
• Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.



Kod Produk: FH79

Isi Kandungan: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Harga:
S.M: RM 47.00
S/S: RM 50.00

Khamis, 7 Jun 2012

Extra Virgin Olive Oil (Minyak Zaitun)


• Merupakan Tanaman tradisi dari negara Mediterranean.
• Hasil penting dari pokok ini ialah minyaknya yang digunakan secara meluas dalam bidang masakan, kosmetik, toiletries dan sebagainya bahan bakar bagi lampu minyak.
• Minyak zaitun dikalsifikasikan sebagai minyak diet yang sihatmemandangkan ianya tinggi dengan lemak mono tak tepu dan polifenil.
• Minyak zaitun yang dikeluarkan oleh HPA diklasfikasikan sebagai Extra Virgin Olive Oil yang bermaksud ia tidak dirawat dengan sebarang dengan bahan kimia.
• Produk ini terhasil daripada perahan buah zaitun dengan keasidanya tidak melebihi 0.8% dan mempunyai rasa dan bau yang paling kuat dan kandungan antioksidan tertinggi.

Kegunaan Dan Kelebihan Minyak Zaitun:
• Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian berbanding jika mengambil minyak jenis lain.
• Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
• Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
• Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
• Antioksidan dan antikanser.
• Menyeimbangan metablisme tubuh dan pertumbuhan.
• Membekal vitamin E Kecantikan (kulit dan rambut).
• Menstabilan asid lemak.
• Digunakan untuk urutan terapi.
• Baik untuk penghidap lelah.

Kandungan Bahan:
• Minyak Zaitun.

Aturcar Penggunaan:
• Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
• Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

Isi Kandungan: 700ml

Kod Produk: FH11

Harga:
S.M: RM 40.00
S/S: RM 43.00

Barut Berherba


Barut yang mengandungi herba-herba terpilih digunakan untuk tujuan seperti berikut
• Untuk ibu lepas bersalin. Barut ini bertindak untuk mengempiskan dan mengembalikan bentuk badan yang asal.
• Membantu mengecutkan saluran peranakan dan mengekalkan kewanitaan.
• Memulihkan tenaga selepas bersalin.
• Melancarkan perjalanan darah.
• Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.

Kod Produk: KH16

Harga:
S.M: RM 30.00
S/S: RM 35.00

======================================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Barut Berherba Tulisan Tn Haji Ismail,  Pengarah Urusan HPA

• Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi.
• Barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya.
• Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu.
• Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah.